ARTIKEL

MENARIK…Wee ketika mengagihkan kampit beras kepada penerima pada Program Pengagihan Beras Sempena Sambutan Hari Wesak 2026 di Lobi Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), di sini, hari ini.

1,020 terima agihan beras sempena Wesak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 1,020 penerima menerima manfaat menerusi Program Pengagihan Beras Sempena Sambutan Hari Wesak 2026 yang mencerminkan semangat kongsi rezeki dan keprihatinan masyarakat terhadap golongan memerlukan.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, inisiatif ini bukan sekadar pengagihan bantuan, sebaliknya menggambarkan nilai belas kasihan, keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam komuniti.

“Penganjuran program ini turut membuktikan bahawa pembinaan sebuah bandar yang sejahtera bukan hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal, malah menitikberatkan aspek sosial dan kesejahteraan rakyat khususnya golongan warga emas dan mereka yang memerlukan.

“Program hari ini lebih daripada sekadar pengagihan 1,020 kampit beras. Ia adalah simbol kasih sayang dan keprihatinan masyarakat terhadap mereka yang memerlukan,” katanya ketika berucap pada Program Pengagihan Beras Sempena Sambutan Hari Wesak 2026 di Lobi Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), di sini, hari ini.

Tambah beliau, program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Buddha Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Persekutuan Persatuan-Persatuan Buddha Sarawak.

“Justeru, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua penaja, sukarelawan dan jawatankuasa penganjur yang telah menyumbang tenaga, masa serta sumber bagi memastikan kelancaran program tersebut.

“Sumbangan yang diberikan mungkin kelihatan kecil, namun memberi makna besar kepada penerima yang merasai perhatian dan penghargaan daripada masyarakat,” ujarnya.

LAGI…Orang ramai beratur panjang untuk menerima sumbangan 10 kilogram beras pada Program Pengagihan Beras Sempena Sambutan Hari Wesak 2026 di Lobi Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata MBKS sedang melangkah ke arah menjadi bandar mesra usia melalui pelbagai inisiatif di bawah Jawatankuasa Bandar Mesra Usia MBKS, selaras dengan rangka kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Sarawak dijangka menjadi negeri menua menjelang 2028 apabila lebih 15 peratus penduduk berumur 60 tahun ke atas.

“Oleh itu, persediaan awal perlu dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan warga emas terus terpelihara.

“Warga emas bukan beban, sebaliknya mereka ialah aset masyarakat yang banyak berjasa kepada keluarga dan pembangunan komuniti,” tambahnya.

Menjelas lanjut, beliau berkata MBKS akan terus menggalakkan program penuaan sihat termasuk aktiviti sosial, rekreasi, kesedaran kesihatan serta pelibatan komuniti bagi memastikan warga emas kekal aktif dan dihargai.

“Semangat perpaduan yang ditunjukkan melalui program ini membuktikan kekuatan sebenar masyarakat apabila pelbagai pihak berganding bahu membantu golongan memerlukan,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU