ARTIKEL

1,045 buah sekolah SK/SBK di S’wak dibuka semula mulai 8 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 1,045 buah sekolah rendah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan seluruh negeri Sarawak dibenarkan beroperasi secara bersemuka mulai 8 Mac ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ia melibatkan penambahan 231 buah sekolah rendah di negeri ini yang dibenarkan untuk beroperasi secara bersemuka berbanding 814 buah sekolah pada 1 Mac lalu.

“Keputusan ini diambil hasil perbincangan JPBNS bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Malah ia juga diambil setelah penilaian risiko dibuat dan memenuhi garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah dalam norma baharu 2.0 yang dikeluarkan oleh KPM,” jelasnya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, sebanyak 220 buah sekolah rendah di kawasan berisiko tinggi penularan Covid-19 masih belum beroperasi sehingga 14 Mac ini.

BERITA LAIN

Naik Taraf Balingian Sebagai Daerah Penuh

KUCHING: Daerah Kecil Balingian dicadangkan agar dinaik taraf kepada daerah penuh berdasarkan keluasan kawasan, perkembangan penduduk, pertumbuhan ekonomi serta peningkatan keperluan perkhidmatan kerajaan. ADUN Balingian

BERITA TERBARU