ARTIKEL

1,060 orang, 858 kenderaan diperiksa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Lebih kurang 1,060 orang dan 858 buah kenderaan diperiksa dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di Batu 11, Jalan Kuching-Bau (Batu Kitang) hari ini.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata tiada tindakan diambil ke atas orang yang diperiksa dan tiada kenderaan yang diarahkan berpatah balik.
“Penugasan statik SJR diadakan sebagai benteng lapisan kedua kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang berkemungkinan memasuki Kuching dan Padawan melalui Biawak dan Raso.
“Sepanjang penugasan mendapati tidak terdapat sebarang pergerakan masuk Pati,” katanya yang dihubungi.
Beliau menambah SJR juga berjalan dengan lancar dan selamat walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Aidil berkata seramai tujuh anggota dan pegawai ditugaskan bagi setiap syif SJR itu, yang dibahagikan kepada empat syif sehari.

SJR yang dijalankan IPD Padawan di Batu 11, Jalan Kuching-Bau (Batu Kitang).

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan