ARTIKEL

11 ditangkap, 266 saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu Cegah Jenayah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 11 orang ditangkap di sekitar daerah ini atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Bersepadu Cegah Jenayah Khas Fasa Tiga bermula 14 Julai sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, seramai lapan orang ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sementara, dua tangkapan ke atas individu melibatkan kesalahan-kesalahan jenayah yang lain.

“Manakala, tiga tangkapan membabitkan kesalahan trafik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sepanjang operasi, beliau berkata, sebanyak 266 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Jelasnya, ia menerusi pemeriksaan 4,592 kenderaan membabitkan 2,769 kereta, 1,210 motosikal dan 613 buah kenderaan lain-lain.

Katanya, operasi pencegahan jenayah seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membanteras dan mencegah jenayah serta menjamin keselamatan masyarakat awam di kawasan setempat khususnya di bandar raya Kuching.

PERIKSA…Anggota trafik IPD Kuching menjalankan pemeriksaan di sekatan jalan raya sepanjang Op Cegah Jenayah Khas Fasa Tiga.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU