ARTIKEL

Pasukan kecemasan bertugas ketika kebakaran hutan berlaku di Almeria, Sepanyol, dalam tangkap layar yang diambil daripada video edaran yang dikeluarkan pada 10 Julai 2026. @Plan_INFOCA menerusi X/Edaran menerusi REUTERS.

11 Maut Dalam Kebakaran Hutan Di Selatan Sepanyol – Perkhidmatan Kecemasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban selepas kebakaran hutan tercetus di Wilayah Almeria, selatan Sepanyol pada Khamis, menurut perkhidmatan kecemasan Andalusia kepada Sputnik/RIA Novosti pada Jumaat.

“Seramai 11 orang disahkan maut dalam kebakaran itu, bukannya 12 orang seperti yang dilaporkan sebelum ini,” kata seorang wakil perkhidmatan berkenaan.

Menurut perkhidmatan kecemasan itu, beberapa mangsa ditemukan di dalam kenderaan yang  terbakar marak.

Timbalan Ketua Kerajaan Wilayah Andalusia, Antonio Sanz berkata sebahagian besar atau kesemua mangsa yang maut di Almeria berkemungkinan merupakan warga asing, namun menegaskan perkara itu masih belum disahkan. 

Beliau berkata: “Empat daripada mangsa dipercayai warga Britain memandangkan kereta di                  mana  mayat  mereka ditemukan adalah kenderaan pemanduan sebelah kanan.”

Kerajaan wilayah memaklumkan bahawa kira-kira 1,000 orang telah dipindahkan dan ditempatkan di sebuah astaka sukan di Perbandaran Garrucha, serta di sebuah pusat dan astaka sukan di Mojacar.

Kebakaran hutan itu mula tercetus pada 9 Julai di Perbandaran Los Gallardos dalam Wilayah Almeria. Api marak dengan pantas merentasi kawasan hutan dan menjejaskan kawasan seluas kira-kira 3,150 hektar.

Operasi memadam kebakaran dilaporkan menghadapi kesukaran ekoran muka bumi yang mencabar dan dipenuhi banyak gaung. Ratusan pakar, pesawat, serta anggota tentera telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran berkenaan. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU