ARTIKEL

JADI REBUTAN... Andenson Dato (tengah) mempamerkan piala pada sidang media semalam.

11 pasukan rebut Piala Dato Paran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEJOHANAN Badminton Dayak Berpasukan Piala Dato Paran 2023 akan berlangsung di Stadium Terrutup Sibu Sabtu ini.

Menghimpunkan 11 pasukan mewakili pelbagai kelab dari Kuching, Sibu dan Miri.

Pengarah Urusan Borneo MA Smart Vendors Sdn. Bhd., Andenson Dato menjelaskan, kejohanan edisi pertama itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu terbuka, veteran dan senior.

“Pada awalnya kejohanan ini dijadual berlangsung dua hari (Sabtu & Ahad).

“Memandangkan hanya 11 pasukan yang mendaftar setakat ini, maka ia hanya berlangsung sehari sahaja,” ujar Andenson pada sidang media semalam.

Menurut Andenson, saingan bakal dilangsungkan dua hari sekiranya  penyertaan pasukan memenuhi 16 kesemuanya.

Tambahnya, pendaftaran ditutup hari ini dan pasukan berminat  masih berpeluang untuk turut serta.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Encik Omar d italian 016-6906243, Encik Geraldson di talian 011-15251870 dan Encik Nicholas di talian 013-8201906.

Kejohanan sehari itu  dianjurkan oleh Borneo MA Smart Vendor Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan membabitkan pemain berbangsa Dayak sahaja.

“Hadiah menarik disediakan, pasukan juara akan menerima wang tunai RM2,000 serta piala dan pingat.

“Naib juara pula akan menerima RM1,200 termasuk pingat. Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM550 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama,” jelasnya.

Objektif penganjuan adalah menyemai gaya hidup sihat dalam kalangan pemain terlibat.

Ia juga merupakan tanggungjawab sosial korporat syarikat terbabit menerusi penganjuran.

“Apa yang kita harapkan, melalui penganjuran pertandingan ini akan dapat membantu membina komuniti yang aktif bersukan,” katanya. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU