ARTIKEL

11 projek bekalan air berimpak tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANTARA projek bekalan air berimpak tinggi di Daro di Kampung Panchor Daro.

DARO: Pelaksanaan 11 projek bekalan air berimpak tinggi yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak bernilai sekitar RM340 juta telah, sedang dan bakal dilaksanakan.

Ia bagi menambah baik infrastruktur dan sistem bekalan air di Daerah Daro, Bahagian Mukah.

Projek-projek bekalan air ini telah dirancang dengan teliti oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

Agensi ini diamanahkan sebagai agensi pelaksana bagi menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat, sekali gus menyelesaikan kemelut isu bekalan air di kawasan tersebut.

Setakat ini, tiga projek rakyat yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak bernilai sekitar RM13.8 juta telah siap dilaksanakan dan telah berjaya menangani beberapa isu bekalan air di beberapa kawasan di kawasan Daro.

Manakala empat projek bernilai sekitar RM39 juta masih lagi dalam peringkat pembinaan dan menunjukkan prestasi kerja yang memberangsangkan walaupun sebelum ini menghadapi cabaran pelaksanaan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Namun demikian, pihak JBALB Sarawak bersama-sama para kontraktor projek telah mengambil langkah sewajarnya agar projek bekalan air tersebut berjalan dan dilaksanakan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.

Di samping itu juga, terdapat satu projek sistem grid bekalan air Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bernilai sekitar RM130 juta.

Diikuti satu projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bernilai sekitar RM72 juta dan dua projek di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) bernilai sekitar RM85 juta masih lagi berada dalam peringkat perancangan.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU