ARTIKEL

Rough sleepers lay in their makeshift beds outside closed shops, at daybreak on Oxford Street in London on August 2, 2023. A report released by the Combined Homelessness and Information Network (Chain) on July 31, 2023, found a 12% increase in the number of new people sleeping rough in London in spring and early summer, on the same period last year. The report also recorded 3,272 people as sleeping rough in the capital, up 9% on the total figure for April-June 2022. (Photo by JUSTIN TALLIS / AFP)

114 juta penduduk hilang tempat tinggal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GENEVA: Jumlah penduduk yang hilang tempat tinggal akibat peperangan, penganiayaan, keganasan dan pencabulan hak asasi manusia di seluruh dunia dianggarkan melebihi 114 juta setakat September tahun ini.

Menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) pada Rabu, antara faktor utama pemindahan secara paksa itu, termasuk keganasan, kemarau, banjir dan keadaan yang tidak aman.

“Terlalu banyak konflik yang semakin berleluasa dan memuncak di serata dunia yang menyaksikan kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah.

“Kegagalan masyarakat antarabangsa menyelesaikan konflik atau mencegah konflik baharu menyebabkan kesengsaraan dan semakin ramai penduduk terpaksa berpindah.

“Kita mesti bekerjasama untuk menamatkan konflik dan membenarkan pelarian dan mereka yang terpaksa berpindah kembali semula ke tempat asal mereka,” kata Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filippo Grandi.

Negara berpendapatan rendah dan sederhana kini menjadi tuan rumah kepada 75 peratus pelarian dan mereka yang memerlukan perlindungan.

UNHCR berkata terdapat sebanyak 1.6 juta permohonan baharu untuk mendapat suaka dibuat dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, jumlah terbesar pernah direkodkan.

Menurut agensi itu, Forum Pelarian Global kali kedua diadakan di Geneva, Switzerland, dari 13 hingga 15 Disember tahun ini. – Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan