SARIKEI: ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii memuji kerjasama baik penduduk Sarikei mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha mengekang penularan wabak Covid -19.
Beliau berkata, ramai penduduk mematuhi arahan sekali gus menunjukkan mereka sedar tentang bahaya jangkitan wabak berkenaan.
“Saya menggesa seluruh rakyat Sarikei agar terus mematuhi sepenuhnya SOP demi keselamatan diri dan keluarga. Kita harus membiasakan diri dengan norma baharu atau kebiasaan baharu.
“ Sehubungan itu, saya ingin menegaskan Kerajaan Sarawak untuk terus melindungi rakyat dan berharap penularan wabak Covid- 19 diselesaikan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga menasihatkan penduduk agar menghindari kawasan sesak, memakai topeng mulut dan hidung di samping mengutamakan kebersihan.
Pada masa yang sama katanya, mana-mana individu yang tidak selesa dan mempunyai tanda wabak Covid- 19, perlu tampil segera untuk mendapatkan rawatan.
Huang turut memuji usaha Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg yang memberikan kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha mencegah penularan wabak itu sejak tahun lalu.
“Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan rakyat dan semoga mereka yang dijangkiti penyakit ini agar segera pulih.
“Kepada semua mereka yang berada di barisan hadapan termasuk kakitangan perubatan, Polis, RELA, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan lain-lain-lain lagi, saya mewakili seluruh warga N.45 Repok ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan pengorbanan anda,” ujarnya.
Semalam, Sarikei mencatat satu kes positif Covid-19.

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan
BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

