ARTIKEL

PENGERUSI... Jalek Jaafar.

12 Pasukan Berentap Sengit Rebut Kejuaraan Piala Perpaduan Edisi Ke-57

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Sebanyak 12 pasukan akan berentap bagi memburu kejuaraan dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran sempena Piala Perpaduan ADUN N.15 Asajaya, Datuk Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah Edisi Ke-57 2025.

Pengerusi kejohanan, Jalek Jaafar, menegaskan bahawa pasukan yang mengesahkan penyertaan mereka terdiri daripada pelbagai kelab handalan sekitar Kuching, Kota Samarahan, serta kawasan berdekatan.

Menurutnya, pasukan yang bertanding ialah Sambir Bistari, Vettam, X SPT, GBO, Kabitra, Katapa, SY 23, QS 6000, BDR, Kaslo, V-Bro FT, dan Muara Tebas.

“Lengkap sudah senarai 12 pasukan untuk kategori veteran. Kita percaya saingan pasti sengit kerana difahamkan pasukan yang turut serta menyenaraikan pemain berpengalaman,” ujar Jalek kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, kejohanan akan bermula pada 6 April depan dengan format saingan secara liga kumpulan di peringkat awal.

“Dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak secara automatik ke suku akhir,” tambah Jalek lagi.

Beliau turut menyatakan bahawa aksi final dijangka berlangsung pada 13 April, sambil mengakui hadiah lumayan menanti tiga pasukan terbaik.

Juara kejohanan akan menerima wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat, manakala naib juara akan menerima wang tunai RM700, piala, dan pingat.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM500, piala, dan pingat,” tegas Jalek.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU