ARTIKEL

1,200 guni beras putih Thai dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kastam melumpuhkan sindiket penyeludupan beras import di negeri ini apabila merampas sebanyak 1,200 guni beras putih Thai di Sibu, semalam.

Pengarah Kastam Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata rampasan dengan
anggaran nilai dan duti rampasan berjumlah RM258,000 itu dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Kastam Sibu dalam serbuan ke satu lokasi di Jalan Ulu Lanang di mana terletaknya tiga kontena yang berisi penuh dengan beras berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas tiga unit kontena berukuran 20 kaki itu telah menjumpai sejumlah 1,200 guni beras putih Thai yang disyaki tidak lulus kastam.

“Tindakan mengesan pemilik kontena-kontena tersebut telah gagal kerana tiada siapa yang membuat pengakuan.

“Susulan itu ketiga-tiga kontena tersebut  telah dibawa ke stor penguatkuasaan Sibu untuk tindakan siasatan bagi mengesan  pemilik dagangan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di