ARTIKEL

PERIKSA… Antara individu yang diperiksa menerusi Op Tapis Khas di sekitar bandar raya ini. | FOTO: IPD KUCHING

13 individu ditahan menerusi Op Tapis Khas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 13 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Op Tapis Khas yang dijalankan selama tiga hari di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, operasi dari 17 hingga 19 November itu dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, daripada jumlah tangkapan itu, tiga individu ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki memiliki dadah, manakala 10 lagi mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana disyaki menyalahgunakan dadah.

Katanya, polis turut merampas 2.03 gram dadah disyaki methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM223.

Alexson berkata, kejayaan operasi itu hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam yang menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah kepada pihak polis.

Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah, termasuk mereka yang memiliki atau melindungi aktiviti berkenaan.

“Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti berkaitan dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan dadah bagi melindungi masyarakat, khususnya generasi muda, daripada ancaman bahan terlarang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pengedaran atau penyalahgunaan dadah diminta menghubungi Hotline JSJN di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di talian 017-592 9211.

BERITA LAIN

Dua pengunjung pusat hiburan positif dadah

KUCHING: Dua individu ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi membanteras penyalahgunaan bahan terlarang di empat pusat hiburan sekitar bandar raya ini. Kedua-duanya merupakan antara

Kestabilan politik asas kemajuan Sarawak – Fadillah

KUCHING: Kestabilan politik dan kesinambungan dasar pembangunan membolehkan Sarawak memperkukuh ekonomi, meneroka sumber pertumbuhan baharu serta meneruskan usaha mendapatkan kembali hak negeri di bawah Perjanjian

BERITA TERBARU