ARTIKEL

133 isi rumah sekitar Bintangor terima manfaat PMR 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Seramai 133 isi rumah di lima rumah panjang sekitar kawasan Bintangor menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Mesra Rakyat (PMR) 2025, melibatkan projek pembekalan bahan binaan yang berjaya disiapkan sepenuhnya.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN N.45 Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii, berkata program berkenaan memberi tumpuan kepada penambahbaikan kediaman serta penyelenggaraan struktur rumah panjang demi kesejahteraan penduduk luar bandar.

Menurut beliau, sebanyak lima projek pembekalan bahan binaan rumah panjang telah dilaksanakan bagi membantu penduduk menjalankan kerja pembaikan, menaik taraf kemudahan asas serta meningkatkan tahap keselamatan struktur bangunan.

“Pelaksanaan PMR 2025 mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan pembangunan yang inklusif dan seimbang, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keutamaan kerajaan adalah memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi, dengan bantuan disalurkan secara terus kepada komuniti yang memerlukan agar manfaat dapat dirasai secara menyeluruh.

“Melalui PMR, kita bukan sahaja membantu memperbaiki keadaan kediaman, malah meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penduduk rumah panjang,” katanya.

Tiong Sii menambah, usaha seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa selaras dengan agenda pembangunan luar bandar bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Katanya, inisiatif berkenaan juga bertujuan merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar agar tiada komuniti yang tercicir daripada arus kemajuan.

Antara rumah panjang yang menerima manfaat melalui projek berkenaan ialah Rumah Tunjang Naga, Rumah Anggok, Rumah Rendu China, Rumah Sumpun Rampai dan Rumah Johnson Edwin.
Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Sii diwakili oleh Wong Soon Mee yang mengetuai Pasukan Pusat Khidmat beliau bersama pegawai Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) mengadakan lawatan ke beberapa lokasi projek di sekitar Bintangor.

Lawatan itu turut menyaksikan penyerahan projek yang telah siap dilaksanakan, melibatkan lima projek pembekalan bahan binaan rumah panjang di bawah PMR 2025.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu