ARTIKEL

Datuk Seri John Sikie Tayai | Foto: Ghazali Bujang

13,763 kes Mahkamah Anak Negeri Sarawak diselesaikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 13,763 kes atau 75 peratus daripada keseluruhan kes Mahkamah Anak Negeri Sarawak yang didaftarkan sejak 1992 telah berjaya diselesaikan, kata Menteri di Jabatan Premier, Datuk Seri John Sikie Tayai.

Pencapaian itu mencerminkan dedikasi, ketekunan dan integriti pegawai yang mempengerusikan prosiding dalam mengendalikan kes melibatkan undang-undang adat yang kompleks serta isu sensitif.

“Mahkamah Anak Negeri Sarawak terus menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam melaksanakan tugas kehakiman. Pegawai kita sentiasa menunjukkan dedikasi, ketekunan dan integriti dalam menguruskan kes,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Tambahnya, komitmen berterusan mereka menggambarkan usaha negeri untuk menegakkan keadilan, memperkukuh pentadbiran undang-undang adat, serta melindungi hak dan kepentingan masyarakat pelbagai etnik di Sarawak.

Menurutnya, setakat Oktober tahun ini, sebanyak 18,233 kes telah didaftarkan di semua peringkat Mahkamah Anak Negeri di seluruh Sarawak sejak 1992.

Daripada jumlah itu, jelasnya, sebanyak 4,470 kes atau 25 peratus masih berada pada pelbagai peringkat proses.

“Oleh itu, Mahkamah Anak Negeri Sarawak sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan baki kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan berkesan,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU