ARTIKEL

: RAKAM KENANGAN… Yusri, Donny dan Abdul Rani merakam kenangan selepas majlis tersebut.

14 Pelajar SMK Three Rivers Raih Semua A SPM 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 14 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan meraih gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Pegawai Pendidikan Daerah Mukah, Awang Yusri Awang Adeni berkata, kejayaan tersebut melakar sejarah baharu bagi SMK Three Rivers berikutan menunjukkan peningkatan signifikan dalam aspek pencapaian akademik.

“SMK Three Rivers berjaya memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 4.09 dan ini merupakan GPS terbaik yang pernah direkodkan sejak tahun 2013.

“Peratusan lulus pula mencatatkan sebanyak 98.64 peratus berbanding 95.88 peratus pada tahun lalu dengan GPS 4.59,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengagihan Slip Keputusan SPM 2025 dan Majlis Kesyukuran di Dewan Tom Bazeley, SMK Three Rivers, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Awang Yusri menjelaskan SMK Three Rivers muncul sebagai antara penyumbang utama kepada pencapaian SPM 2025 di daerah ini apabila hampir keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan menunjukkan keputusan membanggakan.

Ujarnya, pencapaian keseluruhan sekolah yang mencatatkan 98.64 peratus kelulusan itu merupakan yang terbaik sejak sistem berkenaan diperkenalkan pada tahun 2013.

Sehubungan itu, beliau turut memuji komitmen ibu bapa dan guru dalam memberikan sokongan padu kepada pelajar sehingga berjaya mengecapi kecemerlangan tersebut.

“Tahniah kepada anak-anak yang memperoleh keputusan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang, jangan berputus asa kerana peluang masih terbuka luas untuk meneruskan pendidikan dalam bidang kemahiran,” tambahnya.

Sementara itu, Pengetua SMK Three Rivers, Donny Dahlan menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian yang diperoleh calon SPM 2025 sekolah berkenaan.

Beliau menyifatkan keputusan tersebut adalah yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Alhamdulillah, ini adalah berkat usaha pelajar serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa dan guru dalam memastikan keberkesanan pendidikan anak-anak,” katanya.

Hadir sama ialah Eksekutif Kanan Sarawak Energy Resources Mukah, Abdul Rani Kedri dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Three Rivers, Mohamad Nazir Besiri.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU