ARTIKEL

BANTU… IPD Mukah dengan kerjasama APM Selangau membantu operasi pemindahan penduduk di Rumah Janting Sungai Arip, hari ini.

142 penduduk dipindahkan susulan banjir di Sungai Arip

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Satu operasi pemindahan penduduk telah dijalankan di Rumah Janting Sungai Arip, Selangau, susulan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, hari ini.

Operasi yang dijalankan pada pukul 1 tengah hari itu diketuai oleh Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal bin Alias dengan kerjasama pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangau.

Menurut Rizal, hujan berpanjangan sejak petang semalam telah menyebabkan paras air sungai meningkat dan melimpah, sekali gus menenggelamkan ruai serta bilik rumah penduduk dengan kedalaman mencecah dua kaki.

“Sebanyak 27 Ketua Isi Rumah (KIR) terlibat, membabitkan keseluruhan 142 penduduk yang terjejas akibat bencana ini.

“Kesemua mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Kebangsaan Bukit Arip, Selangau, pada jam 12 tengah hari oleh Pegawai Daerah Selangau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, penduduk yang terjejas dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan diri dan ahli keluarga.

Penduduk juga digalakkan membawa bersama dokumen penting serta barang berharga seperti wang tunai dan barang kemas ke pusat pemindahan.

Dalam pada itu, Rizal menegaskan bahawa IPD Mukah akan menjalankan pemantauan berterusan sepanjang operasi pemindahan bagi memastikan keselamatan penduduk dan kelancaran proses bantuan.

Tambahnya, kerjasama antara pihak polis, APM dan penduduk setempat amat penting bagi menangani situasi kecemasan seperti ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU