ARTIKEL

1,457 pegawai, anggota polis bertugas pada program 60 tahun Sarawak Merdeka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 1,457 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk kawalan keselamatan sepanjang program 60 tahun Sarawak Merdeka.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, program bertema Sarawak Maju Makmur tersebut akan diadakan mulai 26 Mei hingga 19 Ogos.

Katanya, pegawai dan anggota yang bertugas mengadakan kawalan keselamatan kepada tetamu kenamaan, tugas-tugas pencegahan jenayah, risikan keselamatan, kawalan lalu lintas, kawalan di air dan udara (dron).

“Semua ketua formasi dan Ketua Polis Daerah telah diarahkan untuk membuat persiapan awal meliputi sumber manusia dan aset-aset yang akan digunakan.

“Selain itu, mereka juga telah diarahkan untuk sentiasa membuat penyelarasan dan kerjasama dengan pihak Residen serta Pegawai Daerah bagi menentukan semua acara yang akan diadakan nanti dapat dijalankan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang gangguan,” katanya pada sidang media di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini semalam.

Program 60 tahun Sarawak Merdeka merangkumi  10 acara utama iaitu Konvoi Merdeka Sarawak, Pameran Digital 60 tahun Sarawak, perayaan Hari Gawai peringkat negeri, majlis kesyukuran, perhimpunan dan perbarisan serta acara pingat peringatan.

Selain itu, turut diadakan jamuan negeri, konsert rakyat dan pertunjukan bunga api, perarakan bot berhias dan perarakan jalanan.

Azman berkata, acara kemuncak program tersebut iaitu  perhimpunan dan perbarisan akan diadakan pada 22 Julai ini di Padang Merdeka di Kuching.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU