ARTIKEL

Tun Wan Junaidi menyampaikan pingat Darjah Kebesaran Negeri Sarawak kepada penerima-penerima, hari ini.

146 Penerima Dikurnia Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 146 penerima telah dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Majlis dimulakan dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam – Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) kepada tujuh orang penerima.

(FOTO: TVS)

Antaranya ialah Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak Sapiah Daud, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Anielia Siam dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Datuk Salleh.

Penerima lain pula terdiri daripada Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nur Alina Abdullah, Residen Bahagian Limbang Unus Tambi, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (PUSAKA) Zainal Abidin Abdullah dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak Latiff Coupon.

Sehubungan dengan itu, Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak – Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.) turut disampaikan kepada lima orang penerima, termasuk pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Sumber Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof. Dr. Ramlah Zainudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group Kushairi Abang.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut.

Dalam pada itu, seramai 15 penerima telah menerima anugerah Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak – Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) dan 18 orang telah menerima Pingat Perkhidmatan Awam – Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.).

Turut menerima pengurniaan ialah seramai 17 penerima Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.), 15 penerima Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K), 39 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.) dan 30 penerima Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.).

Hadir sama ialah isteri Tun Wan Junaidi, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Seri John Sikie Tayai.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi