ARTIKEL

Datuk Ibrahim Baki. Foto Ramidi Subari

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Sarawak Energy dan Petros) Datuk Ibrahim Baki berkata, projek berkenaan membabitkan pembinaan Pencawang Kabong/Roban 33/11kV, talian 33kV jenis monopole dari Serudit ke Saratok, talian 33kV jenis Medium Voltage Covered Conductor (MVCC) dari Saratok ke Simpang Kabong serta talian 33kV jenis MVCC dari Serudit ke Pusa.

“Pelaksanaan projek-projek ini akan memperkukuh sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong, termasuk kawasan DUN Kalaka, serta meningkatkan kestabilan dan kebolehpercayaan bekalan elektrik bagi menampung peningkatan permintaan pada masa hadapan.

“Sarawak Energy juga memperuntukkan sebanyak RM73 juta bagi pelaksanaan projek penambahbaikan infrastruktur bekalan elektrik di Bahagian Betong, termasuk di kawasan DUN Kalaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Kalaka, Mohamad Duri, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, projek penambahbaikan bekalan elektrik di DUN Kalaka di bawah peruntukan Sarawak Energy dengan kos RM1.07 juta.

Ia turut melibatkan naik taraf transformer di kawasan Kabong, Ulu Krian dan Nanga Assam dengan kos RM1.04 juta serta penambahbaikan talian atas di kawasan Nyabor, Sessang, Kabong dan Kampung Gerigat dengan kos RM1.13 juta.

Katanya, berbanding talian sedia ada yang tidak berpenebat, talian MVCC yang akan digunakan merupakan kabel berpenebat.

“Antara kelebihannya ialah mengurangkan gangguan akibat cuaca buruk, sambaran kilat, haiwan atau sentuhan tumbuhan, sekali gus meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik di kawasan berkenaan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU