ARTIKEL

Penjaga Kafe Warga Indonesia Dipenjara Dua Bulan Miliki Rokok, Bir Tanpa Cukai


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penjaga kafe warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memiliki 68 bungkus rokok dan 13 karton bir pelbagai jenama tanpa cukai.

Jainal, 39, dari Kalimanta Darat, Indonesia mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nuriena Syafika Mohd Najib.

Dia memiliki barang-barang tersebut di sebuah kafe di Batu Kawa, sekitar 2.30 petang, 2 Oktober lalu.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda hingga RM500, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, sempena Ops Taring Alpha 1 dan 2. pihak polis membuat serbuan di sebuah kafe kerana disyaki menyimpan barang tanpa cukai.

Hasil pemeriksaan mendedahkan terdapat pelbagai jenama minuman bir dan rokok yang disyaki tidak bercukai di dalam premis terbabit.

Selain itu, tertuduh yang ditahan semasa pemeriksaan juga gagal mengemukakan sebarang dokumen pelepasan cukai yang sah daripada Kastam semasa diminta oleh pihak polis.

Susulan itu, tertuduh ditangkap lalu semua barang kes dirampas iaitu 13 kotak bir pelbagai jenama dan 68 karton rokok pelbagai jenis.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh gagal memberikan alasan munasabah atas pemilikan barang kes yang tidak bercukai terbabit.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan, manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU