ARTIKEL

Lapan hari hilang di hutan ditemukan selamat.

Lelaki Hilang Lapan Hari di Hutan Ditemukan Selamat


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Selepas lapan hari dilaporkan hilang apabila keluar sendiri dari kawasan hutan kelapa sawit di Kampung Emperoh Jambu, seorang lelaki akhirnya ditemukan dalam keadaan lemah dan berkaki ayam pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Barry William berkata, lelaki yang dilaporkan hilang sejak 7 Oktober lalu itu ditemukan kira-kira 8.47 pagi berhampiran kolam ikan di hadapan rumah sepupunya.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami beberapa luka kecil pada kedua-dua pergelangan kaki, selain pergelangan tangan dan lengan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serian menggunakan kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMERS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Barry turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi keselamatan dan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang kehilangan mangsa.

Katanya, kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penduduk kampung memainkan peranan penting dalam usaha pencarian berkenaan.

-tamat-

BERITA LAIN

BERITA TERBARU