KUCHING: Seramai 148 orang akan mengikuti program Jogathon Amal Kampung Quop yang dijadual berlangsung pada 22 Julai ini.
Setiausaha Program, Shunem Nesserd berkata, himpunan peserta terlibat mencakupi pelbagai peringkat umur.
Menurut Shunem, tiga kategori dilangsungkan pada saingan itu kelak merangkumi 2 kilometer (walkathon), 3 kilometer dan 5 kikometer.
“Kita menjangkakan kemeriahan suasana berlaku sepanjang berlangsung program larian itu kelak,” ujar Shunem kepada Arena Suara Sarawak.
Tegas Shunem, objektif penganjuran program jogathon amal itu selain dilihat sebagai landasan terbaik kearah menggalak amalan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta dan masyarakat setempat.
Program ini juga yang bertujuan menggumpul dana untuk Dewan St. James Parish selain pentas untuk merapatkan huhungan silaturahim antara semua pihak terlibat.



