ARTIKEL

KANAK-KANAK Tabika KEMAS Kampung Hilir Kupang NKRA, Saratok menunjukkan hasil kreativiti mewarna masing-masing pada Program AKAR 2026 hari ini.

14,880 kanak-kanak Tabika KEMAS Sarawak sertai Program AKAR 2026 secara serentak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026 mendapat sambutan luar biasa apabila seramai 14,880 kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh Sarawak menyertainya secara serentak di 1,132 premis institusi berkenaan hari ini.

Pengarah KEMAS Sarawak, Taufik Mohd Yusop merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bekerjasama menjayakan program berkenaan sehingga mencapai penyertaan yang memberangsangkan.

Menurutnya, program anjuran bersama KEMAS dan Yayasan KRU itu bukan sekadar pertandingan mewarna, tetapi menjadi medium untuk mencungkil bakat, kreativiti serta imaginasi kanak-kanak prasekolah.

“Pada masa sama, program ini turut memupuk kesedaran awal tentang kepentingan memelihara kelestarian alam sekitar.

“Program AKAR 2026 bukan sekadar pertandingan mewarna, tetapi menjadi platform terbaik untuk menyerlahkan potensi kanak-kanak menerusi aktiviti kreatif yang mampu membentuk keyakinan diri, merangsang daya imaginasi serta menyemai nilai-nilai murni sejak usia awal.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan KEMAS dalam melahirkan generasi yang kreatif, berkeyakinan, berdaya saing dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar, khususnya dalam usaha menyayangi serta memelihara habitat orang utan,” katanya.

Sehingga jam 11 pagi semalam, sebanyak 123,013 kanak-kanak Tabika KEMAS di seluruh negara berjaya didaftarkan menerusi Sistem AKAR, sekali gus melepasi sasaran awal 100,000 penyertaan.

Pencapaian itu membolehkan program berkenaan dicalonkan ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori pertandingan mewarna yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara.

Di Sarawak, penyertaan hampir 15,000 kanak-kanak membuktikan komitmen tinggi warga KEMAS negeri bersama-sama ibu bapa dan komuniti dalam menyokong usaha memperkasa pendidikan awal kanak-kanak melalui pendekatan kreatif serta berteraskan nilai kelestarian alam sekitar.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha