ARTIKEL

RASMI... Hanifah menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Sambutan Warga Emas Mukah, hari ini.

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat setempat.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib, hari ini.

Hanifah menyampaikan geran dan sumbangan kepada penerima dalam majlis tersebut.

Majlis itu turut menyaksikan penyerahan Geran Projek Kecil (MRP) Tahun 2026, peruntukan khas Perdana Menteri Fasa 3 Tahun 2026 serta sumbangan alat perubatan kepada wakil kesihatan kampung.

Sebanyak 15 penerima memperoleh peruntukan khas Perdana Menteri, manakala 29 penerima lagi menerima geran MRP bagi tahun ini.

Selain itu, sumbangan alat perubatan turut diserahkan kepada sembilan wakil kesihatan kampung bagi membantu memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan di peringkat komuniti.

Hanifah berharap semua peruntukan dan sumbangan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima serta memanfaatkan masyarakat setempat.

Hanifah bersama tetamu lain melawat reruai pameran.

Beliau juga mengharapkan bantuan berkenaan dapat digunakan sebaik mungkin bagi menyokong pelaksanaan aktiviti dan usaha pembangunan komuniti.

Pelbagai aktiviti turut dianjurkan bagi memeriahkan sambutan, termasuk pertandingan memancing, pameran oleh pelbagai agensi serta aktiviti khas untuk golongan warga emas.

RAKAM KENANGAN… Hanifah merakam kenangan bersama tetamu lain selepas majlis itu.

Program berkenaan turut dimeriahkan dengan pertandingan bola sepak jalanan dan karaoke yang membuka ruang kepada masyarakat untuk menyertainya dalam suasana santai dan mesra.

Penganjuran sambutan itu diharapkan dapat mengeratkan hubungan masyarakat di samping memberikan pengiktirafan terhadap sumbangan dan peranan golongan warga emas dalam komuniti.

BERITA LAIN

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk