ARTIKEL

SEKITAR Op Motosikal di Jambatan Batang Saribas I di sini, malam semalam.

15 Saman Dikeluarkan Dalam Op Motosikal Di Pusa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Sebanyak 15 saman polis atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan dalam Op Motosikal yang dijalankan di Jambatan Batang Saribas I di sini, malam semalam.

Dalam operasi bersepadu selama kira-kira empat jam itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Betong turut mengeluarkan 19 notis, melibatkan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan dan Notis Arah Periksa, bagi memastikan motosikal yang diperiksa mematuhi peraturan serta spesifikasi ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, operasi tersebut dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Betong, Balai Polis Beladin dan JPJ Betong.

Menurutnya, seramai 35 individu dan 30 motosikal diperiksa sepanjang operasi dijalankan.

“Sebanyak 15 saman polis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

“Kesalahan tidak memakai topi keledar mencatat jumlah tertinggi iaitu 12 saman,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, antara kesalahan lain yang dikesan ialah mengubah suai ekzos, aksesori kenderaan tidak sempurna serta memandu tanpa lesen yang sah.

Bagaimanapun katanya, tiada tangkapan dibuat dan tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan sepanjang operasi berlangsung.

Wan Mohamad Ali menegaskan, Op Motosikal akan diteruskan secara berkala sebagai langkah meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya, mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya di daerah Betong.

Operasi itu diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (KBSPTD) Betong, Inspektor Mohd Hadi Mohd Yasin, dengan dibantu 19 pegawai dan anggota polis serta JPJ.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU