ARTIKEL

Abdul Samat Gany (lima kiri) mewakili Datuk Ibrahim Baki bersama tetamu kehormat lain dan peserta program mengambil gambar kenangan. | GAMBAR: RAMIDI SUBARI

150 usahawan DUN Satok didedah strategi pemasaran digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Latihan dan Inovasi Pendigitalan Perniagaan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKMS) dedahkan usahawan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok kepada strategi pemasaran bagi memperluas pasaran produk dan perkhidmatan. 

Setiausaha Politik kepada Premier Abdul Samat Gany berkata, program bertema GoDigital Satok – Ketek Aja  memperkenalkan pelbagai bantuan dari Telekom Malaysia Berhad (TM)-Unifi Business Sarawak bagi memacu pengusaha memanfaatkan kemudahan teknologi digital. 

Abdul Samat Gany menyampaikan ucapan. | GAMBAR: RAMIDI SUBARI

“Di Satok, ramai PKMS masih berniaga secara tradisional kerana kurang pendedahan dan akses kepada platform digital, menyebabkan pasaran mereka kekal terhad dan hanya memenuhi pasaran tempatan.

“Selain itu, Biro Pendidikan Satok turut berusaha memperkenalkan inovasi pengusahaan yang dapat membantu PKMS memperluaskan pasaran produk dan perkhidmatan serta pengurusan kewangan yang lebih efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) merangkap ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki, pada majlis perasmian program tersebut di Dewan Pertubuhan Anak Seni Kampung Bandarshah, di sini, hari ini.

Menurutnya, Biro Pendidikan Satok juga membawa syarikat teknologi kewangan (FinTech) terkenal dari Kuala Lumpur, Toyyip-Pay, untuk berkongsi mengenai platform kewangan digital yang selamat dan patuh syariah.

“Dengan itu, platform transaksi dalam talian seperti Toyyip-Pay dapat meningkatkan kecekapan operasi pengusaha dan membolehkan mereka bersaing di pasaran global yang semakin berkembang,” jelasnya. 

Program tersebut turut membantu PKMS memperluas usaha pendigitalan perniagaan agar mendapat akses kepada pasaran lebih besar dalam ekonomi digital. 

“Seramai 150 usahawan telah menyertai program ini, mencerminkan sambutan memberangsangkan,” tambahnya. 

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan mengenai Hab Inovasi Digital Satok yang akan menempatkan pejabat sementara kepada pengusaha yang belum mempunyai premis tetap. 

“Mereka boleh menggunakan alamat hab sebagai alamat perniagaan rasmi selama enam hingga 12 bulan sebelum memberi peluang kepada pengusaha lain apabila perniagaan sudah berkembang,” ujarnya. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU