ARTIKEL

Martin semasa sesi soal jawab sempena Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini. FOTO GHAZALI BUJANG

15,000 hektar tanah berpotensi untuk penanaman padi komersial di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) telah mengenal pasti kira-kira 15,000 hektar tanah yang berpotensi tinggi untuk penanaman padi komersial di Sarawak.

Timbalan Menterinya, Datuk Martin Ben berkata, sebanyak 6,176 hektar telah diluluskan oleh Pasukan Petugas Padi dan Beras Sarawak untuk pelaksanaan tersebut.

“Daripada jumlah tersebut, seluas 2,325.32 hektar tanah kerajaan telah diwartakan secara rasmi sebagai kawasan khas penanaman padi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Menyentuh bagi pembangunan industri daging lembu, MFICORD memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan populasi lembu dan kerbau menerusi program pembiakan berstruktur, pengukuhan Amalan Penternakan Baik (GAHP) serta penggunaan teknologi pembiakan moden.

Jelas Martin, hasilnya, jumlah populasi lembu dan kerbau telah meningkat daripada 19,562 ekor pada 2023 kepada 21,024 ekor pada 2025.

Sehubungan itu, beliau turut memberitahu bahawa strategi jangka panjang keselamatan negeri ini adalah berteraskan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

“Strategi tersebut menggariskan hala tuju yang jelas untuk memperkukuh keselamatan makanan menerusi peningkatan pengeluaran domestik, pengukuhan kerjasama awam-swasta, peluasan kawasan pengeluaran makanan serta penerapan teknologi digital.

“Di bawah PCDS 2030, agenda keselamatan makanan memberi penekanan khusus terhadap peningkatan Tahap Sara Diri (SSL) bagi beras dan daging lembu dengan sasaran masing-masing mencapai 60 dan 25 peratus menjelang 2030,” tambahnya.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu