ARTIKEL

Datuk Seri Fatimah Abdullah bersama-sama pegawai dari SeDidik dan Toy Eight pada sidang media sempena kemajuan pelaksanaan Program Saringan dan Intervensi Perkembangan.

1,503 kanak-kanak SeDidik jalani saringan perkembangan menggunakan AI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 1,503 kanak-kanak di bawah SeDidik menjalani saringan perkembangan menerusi program kerjasama SeDidik dan Toy Eight yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), daripada sasaran 1,800 kanak-kanak di seluruh Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, program itu dilaksanakan bagi mengenal pasti lebih awal kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan supaya mereka boleh menerima intervensi bersesuaian sebelum memasuki pendidikan formal.

Katanya, pendekatan tersebut penting khususnya bagi kanak-kanak yang belum pernah menjalani saringan atau penilaian perkembangan, selain menyediakan satu lagi pilihan kepada keluarga yang mungkin berdepan kekangan untuk mendapatkan penilaian melalui hospital.

“Melalui program ini kita memberi peluang kepada mereka untuk disaring dan seterusnya menerima intervensi yang diperlukan,” katanya pada sidang media berhubung kemajuan pelaksanaan Program Saringan dan Intervensi Perkembangan, di Bangunan Baitulmakmur 2, di sini, hari ini.

Beliau berkata, daripada 484 kanak-kanak yang menjalani saringan dalam kumpulan pertama, seramai 55 dikenal pasti untuk mengikuti program intervensi yang akan dilaksanakan selama enam bulan.

Intervensi ini melibatkan kanak-kanak berusia antara tiga hingga lima tahun menerusi aplikasi digital, dengan aktiviti dijalankan kira-kira 10 minit sehari dalam bentuk permainan yang direka untuk membantu perkembangan mereka.

Fatimah berkata, pengesanan dan intervensi awal mampu membantu mengurus tingkah laku kanak-kanak dengan lebih baik, sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk mengikuti pendidikan formal.

Beliau berkata, pelaksanaan program ini selari dengan dasar pintu terbuka SeDidik yang membolehkan semua kanak-kanak diterima tanpa mengira keadaan perkembangan mereka.

Beliau turut berkata, hasil saringan, dokumentasi perkembangan serta maklum balas ibu bapa sepanjang program akan digunakan bagi menilai keberkesanan program dan mengukuhkan cadangan untuk meneruskannya pada masa akan datang.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bersama Toy Eight, Shun Matsuzaka berkata, pihaknya kini turut bersedia melatih guru SeDidik bagi melaksanakan komponen intervensi menggunakan aplikasi digital tersebut, selepas latihan saringan dilaksanakan sebelum ini.

Katanya, tujuh guru SeDidik telah dilatih sebagai ‘master trainer’ sebelum mereka melatih 140 guru lain di seluruh Sarawak, seterusnya diperakui untuk menjalankan saringan perkembangan menggunakan sistem berkenaan.

BERITA LAIN

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

BERITA TERBARU

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi