ARTIKEL

152 pelajar di Meradong belum menguasai 3M

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 152 pelajar di kawasan Meradong masih belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M), sekali gus menuntut lebih banyak pusat intervensi awal bagi pelajar berkeperluan khas ditubuhkan di konstituensi berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, data itu berdasarkan Senarai Semak Akademik 3M bagi tahun akademik 2024 (sehingga 31 Julai 2024).

Menurutnya, kelewatan akademik itu menjangkau sehingga Darjah 6 dan keadaan sedemikian memerlukan campur tangan segera di peringkat kebangsaan dan tempatan untuk merapatkan jurang pembelajaran berkenaan.

“Daripada 152 pelajar yang menunjukkan tanda kelewatan akademik, 27 pelajar telah dirujuk untuk saringan dan diagnostik tambahan, namun hanya enam pelajar telah menyelesaikan proses tersebut, menjadikan 21 pelajar masih menunggu keputusan diagnostik akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Menjelas lanjut, Ding berkata sejak dua tahun lalu, 49 pelajar telah dirujuk ke AGAPE Sibu untuk penilaian lanjut, dengan 30 daripadanya telah menyelesaikan keputusan diagnostik selepas menunggu sembilan bulan, manakala yang lain perlu menunggu sehingga 18 bulan.

Justeru, katanya kelewatan dalam penilaian itu menyebabkan pelajar terlepas intervensi awal yang boleh membantu merapatkan jurang pembelajaran.

Beliau berkata, kekangan utama yang dihadapi oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Meradong ialah kekurangan kemudahan saringan, beban kewangan yang dihadapi ibu bapa dan kekurangan kepakaran perubatan, pakar pediatrik dan pakar psikologi.

Sehubungan itu, Ding menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk melihat isu itu dengan serius dan mengambil tindakan pantas serta proaktif untuk menanganinya.

“Sebarang tindakan pembaikan hendaklah termasuk menjalankan proses saringan berskala besar di Meradong setiap tahun dan menubuhkan lebih banyak pusat intervensi awal seperti AGAPE Sibu di setiap daerah di Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil