ARTIKEL

153 bungkus hasil tani diagih kepada petugas barisan hadapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebanyak 153 bungkus hasil tani disumbangkan kepada petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) melalui program Peladang Prihatin Sarawak.

Sumbangan menerusi Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu dan Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) Bintulu itu merupakan penghargaan kepada petugas barisan hadapan  terhadap pengorbanan dan usaha berterusan mengekang penularan wabak Covid-19.

Simbolik  sumbangan  disampaikan Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu Anggang Jimbun kepada Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Adun Jepak Datuk Talib Zulpilip seterusnya diserahkan kepada wakil petugas di PPV terbabit.

Sebelum ini, sumbangan yang sama turut diagihkan kepada petugas dan sukarelawan di PPV Pusat Sukan BDA Kidurong, PPV Dinner World Bintulu, PPV Balairaya Sebauh dan PPV Dewan Sukan Tatau.

Melalui program ini, PPK membeli hasil tani atau produk daripada petani dan diagihkan kepada petugas barisan hadapan di PPV secara percuma.

Kaedah ini juga membantu petani yang tidak dapat menjual hasil tani pada musim pandemik dengan membeli daripada mereka di samping membantu meningkatkan pendapatan golongan petani.

Talib menyerahkan sumbangan berupa hasil tani kepada wakil petugas di PPV Dewan Sri Kenyalang UPMKB.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan