ARTIKEL

Bumbung bot penambang tradisional yang direka menerusi pelaksanaan Siri Pantun Bintulu Port sempena sambutan Hari Sarawak 2026.

16 Bot Penambang Dihiasi Pantun Melayu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) meneruskan usaha memartabatkan warisan budaya tempatan menerusi pelaksanaan Siri Pantun Bintulu Port dengan memperkenalkan reka bentuk baharu bumbung 16 buah bot penambang tradisional di Sungai Sarawak sempena sambutan Hari Sarawak 2026.

Inisiatif ini merupakan kesinambungan kepada siri sulung yang diperkenalkan pada tahun lalu yang menyaksikan bot-bot penambang dihiasi dengan rangkap pantun Melayu yang mengetengahkan nilai perpaduan, budi pekerti serta warisan Sarawak.

Bagi edisi tahun ini, koleksi pantun baharu diperkenalkan kepada bot berkenaan dalam mempromosikan pantun sebagai antara khazanah sastera paling berharga tamadun Melayu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Datuk Ruslan Abdul Ghani, berkata pihaknya percaya warisan budaya bukan sekadar perlu dipelihara, malah mesti terus dihayati dan dikongsi oleh masyarakat.

“Budaya akan terus hidup apabila ia kekal menghubungkan masyarakat dan menerusi Siri Pantun Bintulu Port, kami berharap dapat mendekatkan warisan kepada kehidupan seharian dengan menjadikan bot tradisional ini sebagai medium penceritaan bergerak di sepanjang Sungai Sarawak.

“Inisiatif ini turut membantu meningkatkan daya tarikan bot penambang, sekali gus menyokong pengusaha yang bergantung kepada sungai sebagai sumber pendapatan serta memelihara landskap budaya Kuching,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, program berkenaan turut memperkukuhkan kerjasama antara BPHB dengan pengusaha bot penambang Sungai Sarawak sebagai penjaga warisan budaya yang masih kekal hingga ke hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Perhubungan Pihak Berkepentingan BPHB merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bintulu Port Maslihah Tioh berkata, kesinambungan Siri Pantun Bintulu Port membuktikan komitmen syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Dalam pada itu, pelancaran reka bentuk baharu itu turut menjadi satu lagi pencapaian penting dalam agenda tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bintulu Port yang berteraskan pemeliharaan warisan budaya.

Justeru, sempena sambutan Hari Sarawak 2026, inisiatif ini menjadi simbol komitmen syarikat untuk memastikan warisan negeri terus dipelihara, dikongsi dan dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU