ARTIKEL

16 buah negara berentap dalam Kejohanan Dunia Boys AsiaOceania ITF

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 64 pemain bakal berentap dalam saingan kelayakan akhir Siri Jelajah Kejohanan Dunia Boys AsiaOceania Persekutuan Tenis Dunia (ITF) Junior Tenis Lelaki Bawah 14 tahun di Pusat Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), hari ini.

Kejohanan selama seminggu bermula 27 Mac hingga Sabtu depan menampilkan wakil-wakil dari 16 negara iaitu Australia, Chinese Taipei, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Kazakhstan, Korea, Kyrgyzstan, New Zealand, Pakistan, Singapura, Thailand dan Uzbekistan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, pemilihan Sarawak sekali lagi sebagai lokasi temasya antarabangsa itu menjadikan pusat SLTA kini setaraf dengan pencapaian tempat penganjuran yang lain.

“Terdapat 16 negara yang menyertai kejohanan tapi malangnya tiada wakil negara kerana tidak layak. Namun, saya tetap berhangga kerana jurulatih dan pasukan pemain yang terlibat hadir ke Sarawak.

“Syabas juga diucapkan kepada pihak SLTA kerana berjaya menguruskan kejohanan ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan kejohanan terbabit di pusat SLTA, hari ini.

Foto bersama-sama para peserta pertandingan dari pelbagai negara GAMBAR: GHAZALI BUJANG

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan akan terus menyokong pembangunan sukan tersebut dengan menganjurkan lebih banyak kejohanan seumpamanya, memandangkan Sarawak mempunyai kemudahan dan pengalaman dalam penganjuran kejohanan tenis bertaraf dunia.

“Usaha ini adalah untuk mengangkat bakat anak-anak Sarawak dengan harapan supaya mereka lebih bersemangat dan dapat menimba pengalaman untuk dijadikan sebagai batu loncatan,” katanya.

Sementara, Presiden SLTA Datuk Patrick Liew menzahirkan penghargaan terhadap sokongan dan kerjasama diberikan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sarawak dalam membantu menjayakan program khususnya dari segi penyediaan tempat tinggal atlet dan kemudahan fasiliti di pusat SLTA.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU