ARTIKEL

17 pelajar kolej terbunuh selepas trak pikap terbalik di Thailand

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK:  Seramai 17 pelajar kolej terbunuh dan seorang pemandu mengalami kecederaan serius selepas sebuah trak pikap yang membawa muatan berlebihan terbabas sebelum terbalik di King Kaew Road, Bang Phli, Wilayah Samut Prakan, di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.00 pagi semasa pelajar-pelajar dari Si Sa Ket Technical College itu sedang dalam perjalanan balik ke apartment mereka.

Jurucakap polis, Lt Kol Samran Chuaythao berkata menurut saksi trak itu dilihat dipandu laju di jalan berkenaan sebelum ia tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke bahagian pejalan kaki dan merempuh dua tiang lampu dan terbalik.

“Seramai 12 pelajar terbunuh di tempat kejadian dengan mayat mereka bergelimpangan di jalan itu akibat impak kuat kemalangan, manakala lima lagi meninggal dunia di Chularat 9 Hospital akibat kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya pemandu trak berkenaan mengalami kecederaan serius dan kini menerima rawatan di hospital.

“Polis sedang memerika semua rakaman CCTV di kawasan berkenaan untuk menyiasat punca kejadian,” tambahnya.

Pelajar-pelajar kolej Si Sa Ket Technical itu dikatakan baru tamat menjalani latihan kerja di sebuah garaj di King Kaew, Bang Phli District, dekat Bangkok, dan dalam perjalanan pulang selepas meraikan hari terakhir latihan mereka. – Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha