ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

170 cawangan Starbucks di Amerika Syarikat tutup akibat pekerja mogok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 170 cawangan Starbucks di Amerika Syarikat terpaksa ditutup akibat mogok pekerja, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik USA Today.

Mogok bermula pada Jumaat lalu di Seattle, Los Angeles, dan Chicago.

Pada Isnin, CNN melaporkan bahawa mogok telah merebak ke 10 negeri.
Sementara itu, Starbucks Workers United pada Selasa memaklumkan bahawa pihaknya menjangkakan lebih 5,000 pekerja akan menyertai mogok itu, yang berpotensi menyebabkan penutupan 300 cawangan di 45 negeri.

Pekerja Starbucks menuntut kenaikan gaji, penambahan kakitangan dan jadual kerja yang lebih fleksibel, menurut kenyataan kesatuan itu.
CNN juga melaporkan bahawa mogok dijangka meluas ke seluruh negara sekiranya pihak pengurusan dan kesatuan gagal mencapai persetujuan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU