ARTIKEL

Antara warga Indonesia yang ditahan dalam operasi bersama yang dijalankan oleh JIM Sarawak dan MPP.Gambar JIM Sarawak

18 PATI warga Indonesia ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 18 warga Indonesia ditahan dalam operasi bersama yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

JIM Sarawak dalam satu kenyataan berkata, operasi itu dijalankan dari 6 petang hingga 11 malam pada 26 Jun lalu di sekitar Batu 10, Kota Padawan dan Kuching.

“Operasi yang memfokuskan pemeriksaan ke atas premis dan kedai yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian dalam talian serta bilik sewa itu melibatkan pemeriksaan di tujuh lokasi.

“Hasil operasi, seramai 26 warga asing diperiksa bagi tujuan pengesahan dokumen perjalanan dan status imigresen. Daripada jumlah itu, seramai 18 orang terdiri daripada lapan lelaki dan 10 perempuan telah ditahan,” katanya.

JIM Sarawak berkata, kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.

Katanya, kesemua mereka telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU