ARTIKEL

183 mangsa banjir dapat bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Penduduk dua buah kampung di Belaga di sini yang terjejas teruk dan sukar untuk mendapatkan bekalan makanan selepas terputus hubungan akibat hujan lebat akhirnya lega dengan ketibaan bantu- an bekalan makanan dan keperluan harian.

Seramai 183 orang mangsa daripada 58 buah keluarga yang tinggal di Uma Penan Long Kajang dan Uma Penan Long Abit menerima bantuan bekalan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Mejar Ismail Mahedin berkata, operasi penghantaran bekalan makanan itu dilaksanakan rombongan yang terdiri daripada Pejabat Daerah Belaga, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan JKM.

“Hujan lebat sejak 4 Jun hingga 6 Jun lalu menyebabkan dua kampung tersebut terputus hubungan,” katanya.

“Penghantaran bantuan dan rombongan menggunakan perahu dan bot.

“Ini kerana lokasi kampung agak jauh di seberang dan hilir sungai,” jelasnya.

Rombongan di Long Kajang pada jam 5.30 petang, 8 Jun lalu.

Simbolik penyerahan bantuan di Uma Penan Long Kajang dilakukan pada 8 Jun, manakala Uma Penan Long Abit pada 9 Jun.

Penyerahan bantuan disampaikan oleh Adun Murum Kennedy Chuk Pai Ugon yang turut serta dalam rombongan tersebut.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi