ARTIKEL

19 Setiausaha Politik Premier Sarawak angkat sumpah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 19 individu mengangkat sumpah pelantikan semula sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak dalam satu majlis di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Majlis angkat sumpah tersebut  disaksikan Timbalan Premier Sarawak, Douglas Uggah Embas.

Uggah menyaksikan majlis angkat sumpah pelantikan semula kepada Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, hari ini. (FOTO: UKAS)


Antara yang dilantik semula ialah Sarkawi Suhaili, Fridah Osman, Petrus Igat Mathias, Abdul Samat Kethergany, Dr Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, John Nyigor, Damen Rejek, Sayed Azmee Wan Junaidi, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Dominic Nyurang Ajang, Watson Awan Jalai, Afiq Fikri Brahim, Hajis Japar Labaw dan Collin Patan yang mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Turut mengangkat sumpah ialah Fung Kok Shiun dan Joshua Ting Fu Ying daripada Parti Demokratik Progresif (PDP), Susan Clement Ingun serta Thomas Balan Bang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), selain Niponi Undek mewakili Sarawak United Peoples’ Party (SUPP).

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU