Mafia terkuat Itali masuk makamah

ITALI: Ratusan orang yang disyaki anggota ‘Ndrangheta, kumpulan mafia paling kuat di Itali, menghadap hakim minggu ini ketika “perbicaraan campuran” terbesar di negara ini sejak tiga dekad.
Perbicaraan terhadap sindiket jenayah dan rakannya yang melibatkan ahli politik, penjawat awam, polis dan peniaga kolar putih dijangka berlangsung lebih dari dua tahun.
Dengan 355 defendan, lebih daripada 900 saksi pendakwaan dan 400 peguam, perbicaraan itu juga menampilkan 58 saksi yang belum pernah terjadi sebelumnya.
Mereka bersedia memecah kod senyap mereka atau “omerta”, dan mengungkap rahsia klan yang sudah lama terpendam.
Diadakan di dalam sebuah bangunan khas di tengah-tengah wilayah ‘Ndrangheta di Calabria, wilayah termiskin di Itali, perbicaraan yang bermula pada hari Rabu ini hanya menyasarkan satu kumpulan, keluarga Mancuso dan sekutunya.
Semasa perbicaraan baru-baru ini, yang mengambil tempoh tiga jam untuk membaca nama-nama terdakwa, termasuk bos Luigi Mancuso, “The Uncle”.
Dia telah menghabiskan hampir 20 tahun penjara sebelum pergi ke bawah tanah dan puluhan yang lain dengan nama samaran dari Hollywood, seperti “The Wolf”, “Fatty”, “Sweetie”, “Blondie”, “Little Goat”, dan “The Wringer”.
Perbicaraan ini menunjukkan kekuatan bagi negara di halaman belakangnya ada ‘Ndrangheta, yang mengawal banyak kokain yang masuk ke Eropah.
Pendakwa raya antimafia paling terkenal di Itali, Nicola Gratteri, yang telah tinggal di bawah pengawalan polis selama lebih dari 30 tahun akan membuat pengadilan di makamah.
Penduduk Calabrian yang berusia 62 tahun itu telah bermain bola sepak dengan banyak orang yang dia masukkan ke dalam penjara. Gratteri telah berjanji untuk memusnahkan ’Ndrangheta dan menyatakan kumpulan itu telah mengambil nafas dan degup jantung ramai orang.
Perbincaran ini hanya sedikit daripada “perbicaraan campuran” Itali tahun 1986-1987 di Palermo terhadap Cosa Nostra Sicily dan jaringannya yang mempunyai hubungan dengan keluarga yang berkaitan.
Perbicaraan legenda itu menyaksikan 338 orang disabitkan kesalahan. Pendakwa kes iaitu Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino kemudiannya dibunuh oleh mafia.
Skop perbicaraan akan datang bagaimanapun lebih terhad, mensasarkan salah satu daripada ratusan keluarga ‘Ndrangheta yang tersebar di seluruh dunia. – AFP

Suara Sarawak