ARTIKEL

REMPUH…Dua lelaki maut dalam kemalangan di lampu isyarat Jalan Bypass Miri kira-kira jam 4.20 petang tadi.

2 Lelaki Maut Tersepit Treler Berat di Miri!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dua lelaki meninggal dunia selepas tersepit dalam sebuah treler yang mengangkut jentera berat di lampu isyarat Jalan Bypass Miri sekitar jam 4.20 petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng segera dikerahkan sebaik menerima laporan bagi melakukan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa yang tersepit di kerusi pemandu dan penumpang hadapan.

“Setibanya di lokasi pasukan bomba mendapati jentera berat masih berada di atas treler dan kedua-dua mangsa terperangkap di bahagian kabin.

“Pemeriksaan awal mengesahkan terdapat dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan pemandu, berusia 55 tahun manakala kelindan berusia 44 tahun,” kata jurucakap itu.

Pasukan bomba kemudian membuka pintu treler untuk memberi laluan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pengesahan terhadap mangsa.

Setelah dikeluarkan katanya, kedua-dua mangsa lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan.

“Operasi kini tertumpu kepada menunggu bantuan kren bagi mengalihkan jentera berat sebelum kerja menyelamat sepenuhnya dapat diselesaikan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU