ARTIKEL

20 hektar hutan masih terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Sebanyak 20 hektar kawasan hutan di Jalan Kejatau-Lingga, di sini, masih terbakar selepas pasukan bomba berjaya memadam kira-kira 60 hektar daripada keseluruhan 80 hektar kawasan terjejas setakat hari kelima operasi, hari ini.

20 hektar masih terbakar… Kebakaran hutan seluas 80 hektar di Jalan Kejatau-Lingga, Sri Aman, masih belum dapat dipadam sepenuhnya selepas memasuki hari kelima operasi, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, operasi pemadaman memasuki hari kelima berdepan cabaran angin kencang, menyebabkan api mudah merebak selain kekurangan sumber air terbuka dan akses jalan yang sempit.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 7.45 pagi sebelum operasi pemadaman dimulakan pada jam 8 pagi dengan membahagikan anggota kepada empat kumpulan bagi menjalankan pemadaman di beberapa sektor serta membina fire break.

“Pada jam 9.30 pagi, tiga pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut tiba di lokasi bersama sebuah dron bagi membantu pemantauan kawasan kebakaran,” katanya.

Menurutnya, keadaan di sektor tiga berjaya dikawal kira-kira jam 1.40 petang sebelum lima anggota bersama sebuah pam GP 10/10 dipindahkan ke sektor satu bagi membantu kerja-kerja membina fire break.

Operasi pemadaman katanya ditangguhkan pada jam 6 petang dan akan disambung semula esok.

Beliau berkata, operasi membabitkan 18 anggota bomba dengan sokongan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), lima anggota Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), tiga pekerja ladang serta tiga pegawai JAS.

Operasi katanya turut menggunakan sebuah lori Hicom, tiga kenderaan utiliti Hilux dan sebuah lori tangki air.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU