ARTIKEL

20 pertubuhan terima projek MRP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima sumbangan peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Dun Repok. Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Adun Repok Datuk Seri Huang Tiong Sii di Pusat Khidmat Dun Repok, kelmarin.

Antara NGO yang menerima sumbangan ialah Sarikei Buddhist Orthodox Association, Persatuan Cina Bersatu Bahagian Sarikei, Sarikei Medical & Health Toastmaster Club, Jawatankuasa Penyelaras Guru Tabika Perpaduan, Kelab Rekreasi UNI, Sarikei, Persatuan Penjaja Sarikei, Pertubuhan Ming Shyuan Tarng Sarikei dan Gempuru Besai Raban Kristian Jaku Iban.

Turut menerima sumbangan Sarikei Life Care Society, Sarikei Foochow Association, Persatuan Klan Chen Sarikei, KRT Sungai Kawan, Jakar, Majlis Guru Besar Sekolah Cina, Persatuan Guru-Guru Cina Sarikei, PIBG SK Abang Haji Matahir, The Boy’s Brigade In Malaysia (BPM) 4th SRK Co, Persatuan Perubatan Kecemasan Sarikei dan Seventh-Day Adventist Church.

“Sumbangan ini membuktikan Kerajaan Sarawak sentiasa mengambil berat keperluan NGO untuk melaksanakan aktiviti mereka. Saya berharap mereka menggunakan sepenuhnya sumbangan ini untuk sesuatu yang bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata, NGO memainkan peranan lebih proaktif menganjurkan program dengan melibatkan penyertaan segenap lapisan masyarakat. Sebagai sebuah pertubuhan katanya, mereka perlu memperkasakan masyarakat dalam pelbagai aspek termasuk kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sosial.

“NGO juga berperanan penting sebagai platform untuk mengeratkan perpaduan dan menarik penyertaan golongan muda bagi mengelak mereka terjebak aktiviti tidak sihat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang memberikan sokongan padu dalam usaha kita membela rakyat khususnya di Dun Repok,” ujarnya.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU