KUCHING: Kira-kira 2,000 kanak-kanak di lima bahagian merangkumi Kota Samarahan, Kuching, Bintulu, Miri dan Sibu menyertai Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Maxim, semalam.
Program itu, yang diadakan sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, membabitkan kanak-kanak sekolah rendah bersama sepasukan pegawai polis dan juga pasukan Maxim.
Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley, berkata program itu bertujuan memberi pendedahan tentang langkah-langkah keselamatan kepada kanak-kanak sekolah tentang bahaya situasi di jalan raya.

“Kami berbangga kerana telah menganjurkan acara istimewa ini di samping membawa kegembiraan dan senyuman kepada golongan muda dalam komuniti.
“Kesempatan ini membolehkan kita memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk kanak-kanak dan keluarga.
“Ia mencerminkan komitmen kami terhadap pelibatan komuniti dan memupuk kebahagiaan melebihi perkhidmatan e-hailing kami,” katanya.
Antara yang ditekankan sepanjang program, katanya, adalah keselamatan jalan raya, perkongsian petua, maklumat papan tanda, dan pengalaman insiden.
Sementara itu, seorang peserta program merangkap wakil Trafik Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, Sarjan Rhonny Siau Aik Fang, percaya perkongsian ilmu dengan generasi muda dapat mendidik mereka pada usia awal usia.
Ini adalah sangat penting agar mereka boleh belajar dan melaksanakan situasi itu dalam rutin harian.
“Daripada sesi itu, beberapa bilangan pelajar berjalan kaki untuk ke sekolah, dan program keselamatan jalan raya boleh membantu mereka.
“Ini adalah peluang yang baik untuk kami menyertai program ini dan dapat berkongsi pengetahuan,” katanya.
Program yang berlangsung dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari itu diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pidato, pertandingan mewarna, sesi ceramah, permainan papan jalan raya dan kuiz peraturan lalu lintas.

