ARTIKEL

Royston Valentine ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, beliau memohon maklum balas kementerian serta agensi berkaitan mengenai jumlah permohonan yang telah diluluskan, masih dalam pertimbangan serta jangka masa pelaksanaannya bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik penduduk kampung dan rumah panjang di kawasan itu.

“Sehubungan itu, Tellian ingin mengetahui jumlah permohonan yang telah diluluskan, yang masih dalam proses pertimbangan serta perancangan dan jangka masa pelaksanaannya,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Royston turut meminta maklum balas terkini mengenai status pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) di seluruh kawasan Tellian, termasuk perkampungan dan rumah panjang.

Beliau berharap permohonan berkenaan diberikan perhatian serta keutamaan sewajarnya supaya penduduk, khususnya di luar bandar dan pedalaman, dapat menikmati kemudahan asas yang lebih baik.

Menurutnya, penyediaan kemudahan itu penting bagi meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup masyarakat setempat.

Dalam pada itu, beliau membangkitkan masalah gangguan perkhidmatan telekomunikasi yang masih kerap berlaku di beberapa kawasan di Tellian.

Gangguan berkenaan menjejaskan kelancaran komunikasi, selain menyukarkan urusan harian penduduk, kegiatan perniagaan, pembelajaran serta akses kepada perkhidmatan dalam talian.

Sehubungan itu, beliau meminta kementerian dan agensi berkaitan bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi mengambil langkah yang lebih berkesan untuk mengenal pasti serta mengatasi punca gangguan.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan penduduk, khususnya di luar bandar dan rumah panjang, menikmati perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti, stabil serta berterusan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU