ARTIKEL

Lynne Dedomizo (kiri) Daniela Scalcon (tengah) dan Sharon Coyle (kiri). | FOTO: NATALIE JOHNNY

2,000 peserta meriahkan Kuching Street Parade 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sempena persiapan Kuching Street Parade 2025, para pelancong tidak sabar menantikan persembahan yang meriah dan pertunjukan memukau yang akan dipamerkan dalam acara tersebut.

Disertai 2,000 peserta daripada 54 kontinjen, perarakan ini menjanjikan malam penuh warna-warni dan kebudayaan yang bakal menarik perhatian penduduk tempatan serta pengunjung dari luar.

Musa Jawa bersama isterinya. | FOTO: NATALIE JOHNNY

Perarakan ini akan menampilkan kumpulan kebudayaan, kumpulan kawad dan kostum kreatif yang akan menghidupkan suasana di jalanan, menawarkan gabungan unik antara warisan tradisional dengan seni moden.

Suara Sarawak telah menemu bual beberapa pelancong tempatan dan asing berkenaan perarakan ini.

Jim Markopoulos | FOTO: NATALIE JOHNNY

Bagi Jim Markopoulos, 65, dari Amerika Syarikat, dia datang ke Kuching kerana tempat ini penting bagi koleksi wang lama dan setem, memandangkan dia sendiri seorang kolektor.

Dia juga mendapati Kuching lebih teratur, bersih, tersusun rapi dan dirancang dengan baik.

“Ia memang berbeza sangat berbanding dengan bandar lain di negara Asia Tenggara,” katanya.

Apabila dia mengetahui bahawa Kuching Street Parade 2025 akan berlangsung pada hari Sabtu ini, Markopoulos berkata dia sangat menantikan acara tersebut.

“Perjalanan ini penting bagi saya, kerana saya terlibat dalam filateli, kami perlu mempelajari sejarah, budaya dan segala-galanya untuk memahaminya,” katanya.

Sementara itu, Musa Jawa Abdullah, 51, berpendapat bahawa perarakan ini sangat bagus, meriah dan menghiburkan.

“Ia adalah sesuatu yang jarang berlaku untuk dilihat dan saya berharap kita dapat menyaksikannya setiap tahun.

“Yang penting, acara ini akan menjadi satu perarakan yang hebat dan antara yang terbaik yang pernah kita lihat sebelum ini. Jadi, mari kita bersama-sama datang dan melihat acara itu sendiri,” katanya.

Sharon Coyle, 66, dari Australia yang kini dalam trip bersama dua sahabat baiknya Daniela Scalcon, 67 dan Lynne Dedomizio, 66, berkata mereka tahu akan ada perarakan itu dan mereka sangat menantikan acara itu.

“Kami akan menyaksikan perarakan ini kerana kami tahu akan ada banyak persembahan dan bunga api,” kata Coyle.

Sementara itu, Dedomizio yang menikmati suasana di Kuching menyatakan bahawa angin bayu di Tebingan Kuching sangat menyenangkan dan menyejukkan.

“Bangunan semua berwarna-warni dengan kehijauan pokok di sekeliling bandar yang menyerikan lagi suasana dan ia sangat indah,” kata Dedomizio.

Sepanjang perjalanan, ketiga-tiga mereka berharap dapat membeli dan meneroka seni dan kraftangan tempatan, selain menyokongnya.

“Kami berharap dapat membawa pulang beberapa cenderamata dan mempelajari budaya di sini,” kata Dedomizio.

Kuching Street Parade 2025 akan bermula pada jam 6 petang dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka meriahkan perarakan tersebut.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan