ARTIKEL

Seramai 21 warga asing ditahan dalam Ops Sapu tujuh jam, Rabu lepas.

21 warga asing ditahan dalam Ops Sapu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 21 warga asing ditahan dalam Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di enam lokasi sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Gedong, Rabu lalu.
s
Menurut kenyataan JIM Sarawak, kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), hasil pemeriksaan terhadap 48 warga asing.

“Kesalahan yang disiasat melibatkan Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki pas atau permit sah serta Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

“Operasi Bahagian Penguatkuasaan JIM Kuching itu berlangsung selama tujuh jam, bermula tengah malam hingga 7 pagi, melibatkan pemeriksaan di sekitar Jalan Astana, Jalan Satok, Kota Samarahan dan Gedong,” menurut kenyataan itu.

Operasi yang menyasarkan bilik sewa dan rumah kongsi pekerja asing itu dilaksanakan susulan aduan awam serta maklumat risikan.

JIM Sarawak memaklumkan, operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan membanteras pelanggaran undang-undang imigresen, termasuk penyalahgunaan pas dan dokumen perjalanan.

Jabatan itu turut menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat berdasarkan aduan awam, risikan dan pemantauan.

Orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang imigresen kepada JIM bagi membantu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

BERITA LAIN

Kos perjalanan jejas peluang pengundi luar Sarawak

KUCHING: Kekangan kewangan dan kos perjalanan berisiko menghalang sebahagian rakyat Sarawak yang bekerja atau belajar di luar negeri daripada menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya

BERITA TERBARU

Kos perjalanan jejas peluang pengundi luar Sarawak

KUCHING: Kekangan kewangan dan kos perjalanan berisiko menghalang sebahagian rakyat Sarawak yang bekerja atau belajar di luar negeri daripada menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya