ARTIKEL

Kennedy Chukpai Ugon.

Chukpai seru pengundi Murum rancang perjalanan awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MURUM: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum, khususnya mereka yang berada di luar kawasan, digesa merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), 12 Disember ini.

Penyandang kerusi DUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, pengundi khususnya anak-anak Murum di luar kawasan perlu merancang perjalanan awal bagi menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian.

Pilihan raya merupakan proses demokrasi yang memberi peluang kepada rakyat memilih kepimpinan serta menentukan hala tuju pembangunan negeri bagi penggal akan datang.

Sehubungan itu, beliau berharap seluruh proses PRU Sarawak Ke-13 berlangsung dalam suasana aman, lancar dan harmoni, selain semua pihak mengamalkan sikap matang serta bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini susulan pengumuman tarikh penting PRU Sarawak Ke-13 oleh SPR.

SPR menetapkan 28 November ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 8 Disember dan hari pengundian pada 12 Disember.

DUN Sarawak dibubarkan pada 26 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRU Sarawak Ke-13 yang membabitkan 82 kerusi.

BERITA LAIN

Kos perjalanan jejas peluang pengundi luar Sarawak

KUCHING: Kekangan kewangan dan kos perjalanan berisiko menghalang sebahagian rakyat Sarawak yang bekerja atau belajar di luar negeri daripada menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya

Arnold cadang pusat undi awal di Semenanjung

KUCHING: Penyediaan pusat pengundian awal di Kuala Lumpur atau Johor Bahru antara cadangan bagi memudahkan pengundi Sarawak di Semenanjung Malaysia menunaikan tanggungjawab tanpa perlu menanggung

BERITA TERBARU