ARTIKEL

Premier menghadiri Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia di sini, hari ini.

212 penjawat awam terima Pingat Perkhidmatan Setia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seramai 212 penjawat awam daripada 20 jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak serta Kerajaan Persekutuan menerima Pingat Perkhidmatan Setia sebagai penghargaan atas khidmat bakti mereka.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini, disempurnakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Majlis itu merupakan penganjuran kelima bagi tahun 2026, membabitkan penerima daripada 15 jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak serta lima jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan.

Penganugerahan tersebut merupakan pengiktirafan Kerajaan Sarawak terhadap kesetiaan, komitmen dan sumbangan penjawat awam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan terus dilaksanakan secara cekap.

Pingat itu dianugerahkan kepada penjawat awam bertaraf tetap yang telah berkhidmat selama 20 tahun secara berterusan atau mempunyai tempoh perkhidmatan terkumpul selama 25 tahun.

Mendahului senarai penerima ialah Reddy Mohd Harun, Ringkai Sumok dan Sulan Sawing daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang masing-masing telah berkhidmat selama 41 tahun. Turut menerima pingat ialah Raanah Lai dan Wong Leong Choo daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang masing-masing berkhidmat selama 40 tahun.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak mencatat jumlah penerima tertinggi iaitu 75 orang, diikuti Majlis Perbandaran Sibu (37), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (24), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (13), Pejabat Residen Bahagian Sibu (11) serta Pejabat Residen Bahagian Kapit (lapan).

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Majlis Daerah Kapit dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak masing-masing mempunyai lima penerima. Jabatan Kerja Raya Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak serta Majlis Daerah Luar Bandar Sibu pula masing-masing mempunyai empat penerima.

Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak menerima tiga pingat, manakala Jabatan Agama Islam Sarawak, Mahkamah Negeri Sarawak, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak dan Jemaah Nazir Negeri Sarawak masing-masing menerima dua pingat. Jabatan Hutan Sarawak serta Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak pula masing-masing mempunyai seorang penerima.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU