ARTIKEL

Calvin menguji kemahiran bermain boling.

Program Gaya Hidup Sihat Erat Hubungan Kakitangan Pejabat Daerah Tatau


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pejabat Daerah Tatau terus memperkukuh usaha memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan kakitangannya menerusi penganjuran Program Gaya Hidup Sihat yang menggabungkan aktiviti riadah dan pengukuhan hubungan berpasukan.

Program yang berlangsung di Megalanes Bintulu, dari 7 hingga 9 malam semalam disertai Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong Bujang @Endawie, Penolong Pegawai Daerah Tatau, Winnie Dian serta 15 kakitangan pejabat berkenaan.

Calvin berkata program itu bertujuan meningkatkan kesedaran kakitangan dengan kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal melalui amalan gaya hidup yang sihat, aktif dan seimbang.

Calvin merakam gambar bersama-sama kakitangan Pejabat Daerah Tatau yang menyertai aktiviti bermain boling di Megalanes Bintulu.

Menurut beliau, penjagaan kesihatan perlu dijadikan amalan berterusan bagi memastikan kakitangan sentiasa cergas, sekali gus membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Melalui aktiviti boling, ia menyediakan ruang kepada kakitangan untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta memperkukuh hubungan sesama mereka dalam suasana santai di luar persekitaran kerja.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat meningkatkan kesedaran kepentingan kesejahteraan diri serta mewujudkan persekitaran kerja yang positif, harmoni dan produktif.

Inisiatif berkenaan turut mencerminkan komitmen Pejabat Daerah Tatau dalam menggalakkan keseimbangan antara tuntutan tugas dengan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan kakitangan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU