Trending

2,154 premis dipantau di bawah PKPP

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sebanyak 2,154 premis dipantau setakat semalam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula pada 10 Jun hingga 30 Ogos nanti.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) semalam, antara premis yang dipantau ialah pasar raya (338), restoran (418), kilang (15), bank (176), pejabat kerajaan (102), penjaja (37), pasar tani/awam (90), tempat ibadah (134), tempat riadah (75), tapak pembinaan (47) dan lain-lain (722).

“Manakala, seramai 657 pasukan pematuhan PKPP yang terdiri daripada PDRM (323), ATM (43), Rela (134), APM (99), PBT (54), dan agensi lain (empat),” katanya.

Dalam hal berkaitan pihak JPBN juga mendedahkan, terdapat enam sekatan jalan raya di lima daerah bersempena dengan Op Benteng melibatkan kawasan dua kawasan di Lundu manakala satu di Bau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu. “Daripada enam sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 1,084 jumlah kenderaan telah diperiksa,” ujarnya.

Selain itu, laporan APM mendapati seramai 106 PUS telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin, menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 13 hotel adalah seramai 684 orang setakat semalam. Manakala seramai 17,622 PUS telah tamat menjalani tempoh kurantin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPM) pula melaporkan setakat semalam, satu lokasi operasi nyahcemar telah dilakukan dan menjadikan bilangan kumulatif di Sarawak adalah 1,353 lokasi.

Di samping itu, laporan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan setakat semalam mendedahkan, operasi nyahcemar telah dilakukan di 25 lokasi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru