22 pasukan berentap dalam pertandingan futsal MAKSAK 2019

BINTULU: Dua belas pasukan lelaki dan sepuluh pasukan wanita mengambil bahagian dalam Pertandingan Futsal (Lelaki & Wanita) MAKSAK Sarawak Antara Bahagian 2019 yang berlangsung di Stadium Muhibbah, di sini.

Gimik perasmian disempurnakan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN), Datuk Haji Talib Zulpilip.

Pada tahun ini, Bahagian Bintulu telah dipilih sebagai penganjur pertandingan yang berlangsung dari 26 hingga 27 Oktober ini.

Dalam ucapan ringkasnya, Talib berharap, kejohanan tersebut dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara pegawai kerajaan yang terdiri dan datang dari setiap bahagian di negeri ini.

Katanya, menang atau kalah bukanlah ukuran penting untuk menentukan kualiti sesebuah pasukan.

tetapi dinilai dari segi semangat kesukanan bersatu padu, bertoleransi, sikap menerima kekalahan serta meraikan pasukan yang menang, ujarnya.

Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat, Pegawai Daerah Bintulu Mohammad Dino Amit,
Presiden Persatuan Bolasepak Bintulu Mohd. Zaifulfadillah Junaidi dan Temenggung Haji Rosli Kamaruddin hadir sama.

RASMI… Talib menyepak bola sebagai gimik merasmikan Pertandingan Futsal (Lelaki & Wanita) MAKSAK Sarawak Antara Bahagian 2019.

 

alib bersalaman dengan pasukan yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Futsal (Lelaki & Wanita) MAKSAK Sarawak Antara Bahagian 2019.

Suara Sarawak